27 June 2019

LEPAS BERCERAI, DUIT A.AIDA PULA KENA KEBAS RM200,000


Lepas sahaja kontroversi perceraian, tiba-tiba produser Datuk A.Aida berdepan pula kontroversi baru apabila kerugian sebanyak RM200,000 kes kecurian.

“Saya tidak boleh komen banyak tapi memang betul. Saya sudah melakukan laporan polis. Sekarang ini dalam penyiasatan. Saya serahkan semuanya kepada pihak polis untuk siasatan,” kata A.Aida yang menyedari kehilangan wang tersebut sebaik pulang bercuti dari Mesir 1 Mac lalu.



Namun bila ditanya media apakah ia ada melibatkan bekas suaminya, Ariff Aziz, A. Aida enggan memberikan komen.

"Jumlah kehilangan adalah sebanyak RM200, 000 dan transaksi wang dilakukan sebanyak dua kali.

"Tiada komen lanjut dan saya serahkan segalanya kepada polis untuk melakukan siasatan,” ujarnya dipetik sebagai berkata.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: