26 June 2019

BILA SYAZWAN ZULKIFLI TAYANG AWEK BARU SEORANG PRAMUGARI


Pelakon Syazwan Zulkifli menerusi laman Instagram telah memuatnaik foto seorang wanita beberapa jam yang lalu dengan kapsyen 'selamat pagi' berserta lambang hati dan ia telah membuatkan pengikutnya tertanya siapa dia, adakah awek barunya?





Walaupun dia tidak menyatakan siapa wanita terbabit, tetapi pengikutnya seakan tahu bahawa itulah kekasih Syazwan. Tidak kurang ada yang berasa gembira dengan menulis 'Yeah! Pali (watak Syazwan dalam drama bersiri 'Pujaan Hati Kanda') sudah ada kekasih' dan memberikan ucapan tahniah.

Ada juga yang pelik apabila Syazwan memuatnaik gambar kekasihnya kerana pelakon itu jarang sekali berkongsi cerita peribadi apatah lagi membabitkan hubungan cinta dan teman wanita. Ada yang membuat andaian Syazwan bakal mengakhiri zaman solo dalam waktu terdekat.

Klik untuk gambar besar


Syazwan yang mula dikenali menerusi drama dan filem 'Juvana' itu ketika dihubungi mengakui, wanita yang gambarnya dimuatnaik hari ini adalah kekasihnya dan dia memang ada perancangan untuk melangsungkan pernikahan tetapi tarikhnya belum ditentukan.

"Yang pasti bukan dalam waktu terdekat. Sekarang ini saya terikat dengan komitmen kerja. Kami sudah lama kenal dan sudah cukup tahu akan hati budi masing-masing. Soal jodoh biar Allah tentukan. Saya harap peminat mendoakan yang baik-baik buat kami," jelasnya yang turut bercerita mengenai kekasihnya dikenali sebagai Sya dan bekerja sebagai pramugari di syarikat penerbangan tempatan.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: