26 June 2019
NIKAHI RISTEENA NOVEMBER INI - IKHWAN HARAP BERJALAN LANCAR, MOHON DOA
"November adalah bulan kelahiran Risteena. Kalau nak buat majlis nikah pada tarikh lahirnya iaitu 19 November, ia jatuh pada hari Selasa. Jadi, kena bincang dan tengok mana yang sesuai. Kena tengok keadaan dan masa sama ada sebelum atau selepas. Dalam masa sama, masih ada beberapa perkara yang belum selesai.
"Apa pun, kami berdoa semoga segala dirancang berjalan lancar. Saya juga berharap peminat dapat mendoakan yang baik-baik buat kami," kata pelakon dan ahli perniagaan, Ikhwan Khairudin yang mengesahkan bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga pelakon, Risteena Munim, 30, pada November ini.
Bagaimanapun, Ikhwan, 29, belum dapat memberikan tarikh sebenar pernikahan mereka kerana masih dalam perbincangan. Menurut Ikhwan, mereka mengambil masa lama untuk membawa perhubungan itu ke fasa perkahwinan walaupun sudah enam tahun bercinta.
"Ramai bertanya kenapa bercinta lama sangat. Namun bagi saya, ia adalah proses untuk saling mengenali. Apatah lagi perkahwinan bukan perkara main-main. Jadi, banyak perkara perlu diambil serius. Paling penting adalah persediaan nak menjadi suami isteri dan menjalani tanggungjawab dalam perkahwinan. Alhamdulillah, sepanjang perhubungan ini kami okey dan tidak ada masalah. Walaupun Risteena sering digosipkan dengan lelaki, saya memahami kerjayanya," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment