27 June 2019
NABIL BERSYUKUR ISTERI MAHU BERTUDUNG, HARAP ISTIQOMAH
"Alhamdulillah, Zira sudah mula bertudung sekarang ini sejak beberapa hari lalu. Saya berharap agar kita sama-sama mendoakan agar dia istiqomah dan dibukakan hati untuk terus bertudung. Saya bersyukur apabila dia mengatakan ingin bertudung dan saya sentiasa akan memberi sokong penuh kepadanya terhadap keputusan yang ingin dilakukan.
"Sebagai seorang suami saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat isteri dan anak-anak dan alhamdulillah doa saya itu dimakbulkan," demikian kata pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad yang bersyukur apabila isterinya, Nazira Ayub telah mengambil keputusan untuk bertudung sejak beberapa hari lalu.
Menurut Nabil yang mendirikan rumah tangga dengan Nazira atau Zira pada tahun 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Naira Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani, sebagai seorang suami dia sentiasa menyokong apa jua keputusan yang ingin dilakukan oleh isterinya dan memohon agar orang ramai dapat mendoakan agar Zira sentiasa istiqamah untuk bertudung.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment