15 June 2019

DIKUTUK ADA DEGREE TAPI SURI RUMAH: "JAGA ANAK SAMBIL BUAT KEK LAPIS" - ISTERI ATU ZERO


Menerusi entri di akaun Instagram, isteri kepada pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari telah meluahkan isi hatinya serta menempelak sesetengah pihak yang sering mempersoalkan keputusannya untuk menjadi suri rumah. Kata Shafeeqa, dia lebih selesa menjaga anak-anaknya sendiri berbanding menyerahkan tanggungjawab itu untuk diuruskan oleh pembantu rumah.





"Baiklah, saya setuju dengan sis... Saya tak ada maid, jaga anak dirumah sepenuh masa sambil buat kek lapis. Sebab itu je yang saya rasa nikmat walaupun sering dikatakan 'ada degree tapi tak kerja'. Come on, saya kerja dari rumah duit masuk okey. Saya tak suruh mak/ mak mentua jagakan anak saya.

"Nikmat basuh botol anak bertimbun dalam sinki. Nikmat tido 2 jam bangun menyusukan anak, nikmat cuci baju baby, baju sendiri hantar dobi. Tak muat rumah nak sidai, maklumlah gemuk, baju besar-besar, nikmat dengar anak dua-dua menangis serentak.

"Nikmat tengok baby shark dodododo, nikmat kena kutuk dengan suami. Nikmat semua tu Allah dah tentukan. Tapi kalau aku ada maid, baik, rajin senang dah hatiku. Bersyukur jelah anak rapat dengan kita bila kita sendiri jaga. Orang lain tu perlu bekerja untuk tampung belanja rumah. Rezeki masing-masing.

Klik untuk gambar besar


"Ada suami yang sanggup berabis untuk lihat isteri cantik, ada suami yang katanya gurau-gurau tapi puji-puji orang lain, isteri sendiri dikutuk. Ada suami yang terima je seadanya, malah dihormati, diagungkan lagi isterinya. Kita enjoy je life. Kalau rasa bosan, cium anak-anak. Nikmat lah tu. Mak-mak yang bekerja tu tak dapat nak cium anak 24 jam.

"Anak-anak saya menyusu dengan hasil pembelian kek dari anda. Insya-Allah nanti mereka besar berbakti kepada semua orang dengan baik. Saya tak beli emas untuk diri sendiri, tiada bag LV untuk melaram, cukuplah saya dapat melihat anak-anak membesar dengan cukup sempurna, terima kasih," luahnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan luahan Shafeeqa yang baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua pada 20 April lalu. Shafeeqa turut mempunyai seorang anak perempuan, Sumayyah yang kini berusia tiga tahun hasil perkahwinannya dengan Atu pada 8 Februari 2016 di kediaman wanita itu di Batu Pahat, Johor.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shafeeqa Johari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: