15 June 2019

OKSANA AKUI KEHIDUPAN BERUBAH SEJAK SAMBUT CAHAYA MATA SULTAN

Umum mungkin sedia maklum bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan isterinya, Rihana Oksana Petra, selamat melahirkan putera sulung mereka, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei yang lalu.

Ini selepas mereka mendirikan rumah tangga pada tahun lalu meskipun sehingga kini, baik Istana Negara mahupun kerajaan negeri Kelantan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkahwinan tersebut.

Terkini, Oksana telah memuat naik satu posting di laman Instagram rasminya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendoakan kesejahteraannya

Tambah Oksana, dia turut mengakui bahawa kehidupannya berubah semenjak kelahiran putera sulungnya itu.

"Kepada semua pengikut pengikut saya yang dihormati, jutaan Terima Kasih diucapkan ke atas komen-komen anda. Saya amat senang hati apabila membaca ucapan ikhlas dari anda semua. Kehidupan kami telah berubah sejak anak comel ini dianugerahkan kepada kami suami-isteri dan membawa bersamanya kasih sayang dan cinta.

"Alhamdulillah, sekarang kami adalah keluarga yang bahagia dan sifat kekeluargaan adalah penting dalam kehidupan kita semua. Oleh itu, diharap kita sama-sama menjaga keluarga kita dan juga satu sama lain. Dan semoga kita dan ahli keluarga kita terus sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt," tulisnya di laman IG.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: