19 June 2019

HANYA MAHU CINTA & KASIH SAYANG - A. AIDA NAFI BERCERAI SEBAB DUIT


"Saya reda dengan apa yang berlaku seperti yang dikatakan tadi (semalam), ajal dan jodoh semuanya di tangan Allah. Sama seperti mereka di luar sana siapa yang mahukan perceraian dalam perkahwinan yang dibina. Saya sudah mempunyai semuanya. Apa yang saya perlukan adalah cinta dan kasih sayang. Saya tidak kisah soal harta atau kerja apa," tutur penerbit, Datuk A. Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang.





A. Aida yang bercerai buat kali keempat pada 25 April lalu itu berkata tiada siapa inginkan perceraian, namun beliau reda jodoh mereka hanya setakat itu sahaja apabila hubungan rumah tangga yang dibina bersama pelakon Ariff Aziz hanya mampu bertahan selama 10 bulan sahaja. Pada masa sama, A Aida turut menafikan dakwaan kononnya sikap Ariff yang cemburu dan mengambil kesempatan di atas kesenangannya punca sebenar perceraian.

Katanya, beliau tidak kisah sama ada lelaki itu berduit atau tidak asalkan boleh menjaga dan menyayanginya. Dalam pada itu, A Aida memberitahu tiada peluang kedua akan diberikan sekiranya Ariff ingin rujuk kembali. Malah, beliau mengakui kesilapannya membuat keputusan untuk cepat berkahwin tanpa mengambil masa untuk mengenai hati budi seseorang itu terlebih dahulu.

Klik untuk gambar besar


"Saya tidak nafikan berkahwin dalam keadaan yang agak tergesa-gesa jadi tidak sempat untuk mengenali dia. Saya bahagia dengan keputusan untuk bercerai ini. Jadi tidak lihat jalan untuk kembali bersama dengannya lagi," ujarnya yang berkahwin dengan Ariff pada 21 Julai 2018 di sebuah hotel di Subang Jaya selepas tiga bulan menjalinkan hubungan cinta dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Ariff telah tampil bersuara dan menyifatkan perceraian mereka sebagai suratan takdir dan ada hikmah tersendiri. Ariff yang diburu media sejak A Aida mengumumkan perpisahan mereka semalam, memberitahu dia bagaimanapun mendoakan yang terbaik untuk bekas isterinya selama 10 bulan itu. Akur hidup perlu diteruskan, Ariff yang berusia 30 tahun, gembira dengan rutin hariannya selepas bergelar duda.

"Saya anggap tiada jodoh antara kami. Ada hikmah atas perpisahan ini. Allah saja yang tahu... Tak perlu gaduh-gaduh. Alhamdulillah untuk dia, saya doakan yang baik-baik sahaja. Alhamdulillah, daripada tidak memakai tudung sebelum berkahwin, dia memilih untuk menutup aurat. Sekarang, dia masih dengan imej sama. Saya harap dirinya terus istiqomah.



"Saya gembira dengan kehidupan sekarang. Saya boleh buat banyak benda yang diminati sejak belajar di universiti dahulu. Saya boleh buat aktiviti sukan termasuk bermain bola keranjang bersama teman-teman. Sejak usia 13 tahun saya meminati sukan ini dan mewakili negeri Kedah.

"Paling utama saya mahu fokus menjaga mama yang tak berapa sihat. Doakan kesihatan Mama saya kembali okay. Doakan saya berjaya di dunia dan akhirat," katanya yang merujuk kepada peguambela, Tuan Faisalludin Mohamat Yusuff berhubung perceraiannya itu.

Ariff yang kini kembali bekerja sebagai pakar web, sempat menitipkan ucapan untuk anak tirinya terutama Muhammad Rahul: "Untuk Rahul, daddy selalu sayangkan kamu... Jaga diri. Terima kasih untuk kasih sayang yang kamu zahirkan untuk daddy".






www.myartis.com / Sumber & foto: Utusan, Berita Harian, Instagram A. Aida & Ariff Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: