20 June 2019

SAM BUNKFACE DAN AIDA AZIRA SAH CERAI - NAFI SEBAB ORANG KETIGA


Aida Azira Husin, akhirnya membuka mulut memberitahu yang dia dan penyanyi Sam Bunkface telahpun sah bercerai pada hujung Januari 2019.

“Kami bercerai secara rasminya pada penghujung Januari lalu disebabkan sudah tidak sehaluan dan tidak ada persefahaman. Tiada kena-mengena dengan mana-mana pihak.





"Malah kedua belah keluarga juga reda serta merestui keputusan itu," kata Aida.

“Saya tampil untuk memberi pengesahan mengenai perkara ini disebabkan tidak mahu menimbulkan masalah di kemudian hari. Saya tidak mahu timbul kekeliruan bahawa kami masih bersama.




"Saya dan Sam bagaimanapun masih berkawan baik dan tiada masalah berkomunikasi demi anak kami," tambahnya.lagi.

Nampaknya... banyak kes penceraian berlaku dalam rumah tangga artis tahun 2019 ni. Moga tabah.


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: