19 June 2019

REZEKI BERGANDA - ZED ZAIDI & ISTERI SELAMAT TIMANG ANAK KEMBAR


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Zed Zaidi yang meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Natalia Mustafa Kamal selamat melahirkan anak kembar perempuan, tengah hari semalam. Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil, 39, berkata, isterinya melahirkan bayi mereka menerusi pembedahan dan bersyukur semuanya berjalan dengan baik.





"Kembar saya itu dilahirkan sekitar jam 1.33 tengah hari tadi semalam 18 jun 2019). Alhamdulillah, isteri dan anak sihat serta baik-baik belaka. Saya anggap kelahiran bayi kembar ini sebagai hadiah istimewa sempena Hari Bapa," katanya yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya dengan kapsyen: "Alhamdulillah semua selamat.. dulu 2 kaki sekarang dapat 4 kaki rezeki allah nak bagi... syukur!".

Pelakon yang popular menerusi drama Sembilu Kasih itu mengakui, pada mulanya terkejut apabila dimaklumkan doktor mereka bakal menimang anak kembar. Apatah lagi, salasilah keluarga kedua-dua belah pihak tidak pernah mempunyai rekod kelahiran anak kembar.

Klik untuk gambar besar


"Ada yang kata, kami membuat proses persenyawaan luar rahim atau IVF. Tidak mungkin kerana proses itu memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Ramai juga yang meminta petua untuk mendapat anak kembar. Selain rezeki daripada Allah, saya juga amalkan minum susu setiap hari.

"Kami tidak pernah merancang, tetapi selepas tujuh tahun menanti, Allah menghadiahkan kami bayi kembar. Alhamdulillah," ujarnya yang mendirikan rumah tangga dengan Natalia pada 29 April 2011 dan dikurniakan anak lelaki, Ryan Zikri yang kini berusia 7 tahun serta si kembar yang baru dilahirkan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Zed Zaidi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: