16 June 2019

TUNJUK 'HAPPY' - BELLA ASTILLAH MAHU BESARKAN ANAK DENGAN HIDUP LEBIH POSITIF


"Saya sebenarnya bukanlah terlalu kuat... tapi kena kuat juga sebab anak melihat kita sebagai ibu yang sentiasa bersama mereka. Saya tak mahu dia tengok saya sedih atau menangis sahaja, jadi sebab itu saya sentiasa tunjuk happy supaya dia happy juga.





"Sejujurnya, hidup saya kini lebih terarah untuk membesarkan anak dengan hidup yang lebih positif dan mahu dia berasa bahagia sepanjang hidupnya," tutur bekas isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Bella Astillah yang enggan terbawa-bawa dengan kesedihan selepas diceraikan.

Penyanyi lagu 'Jom Raya' ini yang akan muncul dengan single baharu berjudul 'Suatu Hari Nanti' yang bakal dilancarkan tidak lama lagi itu mengakui bukanlah seorang wanita yang kuat seperti digambarkan orang ramai. Namun, dia perlu menepis kesedihan itu kerana tidak mahu Ayden turut terkesan dengan penceraiannya itu.

Nekad menceburkan diri dalam bidang seni bagi mencari rezeki untuk dia dan anak, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, berkata dia memilih untuk menyibukkan diri bagi melupakan apa yang berlaku dan mahu anaknya, Mohamad Ayden Adrean membesar dalam suasana bahagia.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik sahaja, saya pun mula sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti sebagai jalan untuk move on. Sekarang ni memang banyak masa diluangkan dengan keluarga, bawa mereka berjalan-jalan. Datuk, nenek... sampai makcik dan pakcik pun bawa sekali.

"Selain itu, saya juga banyak menghadiri program seni dan tak sabar nak masuk set penggambaran untuk sebuah drama bersiri tidak lama lagi," katanya ketika ditemui semasa malam anugerah FiTA Wave Short Film Award yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Pada 16 Mei lalu, Bella dan Aliff bercerai talak satu selepas kontroversi melibatkan Aliff yang didakwa curang bersama beberapa wanita sepanjang perkahwinan mereka. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean berusia dua tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Bella Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: