16 June 2019
BAKAL BERTUNANG - ZAMANI MOHON DOA AGAR PERANCANGAN JADI KENYATAAN
"Masih belum dapat kerana kami masih mencari-cari tarikh yang sesuai. Apapun saya mengharapkan restu peminat agar mendoakan perancangan ini jadi kenyataan dan majlis nanti berjalan lancar," demikian kata penyanyi Zamani Ibrahim, 48, yang mengumumkan akan bertunang dengan gadis bernama Juliana.
Zamani yang popular bersama kumpulan Slam menerusi lagu 'Kembali Terjalin', 'Tak Mungkin Berpaling' dan 'Gerimis Mengundang' membuat kejutan apabila mengumumkan perkara ini pada majlis Ceria Aidilfitri Bersama Zamani yang berlangsung di sebuah lokasi di sini petang semalam.
Program anjuran syarikat miliknya, ZIME Production yang disertai peminatnya turut dihadiri oleh anggota Slam serta penyanyi Ameng Spring. Tepukan bergemuruh peminat mengiringi pengumuman dibuat sebagai tanda merestui pilihan Zamani.
Klik untuk gambar besar
Difahamkan, Zamani yang kini tampil dengan single terbaru berjudul 'Aduh' ciptaan komposer Faizal Tahir itu sudah lama mengenali Juliana yang mesra dengan panggilan Julie. Bahkan gadis cantik ini sering hadir memberikan sokongan ketika Zamani menyertai program Gegar Vaganza 5. Dia juga antara individu yang kuat memberikan kata-kata semangat apabila Zamani berdepan masalah dalam kariernya.
Zamani ketika dihubungi bagaimanapun mengakui belum mempunyai tarikh tepat untuk majlis pertunangannya. Julie pula menyerahkan segala urusan kepada Zamani dan akur dengan perancangan yang dibuat: "Saya hanya mengikut sahaja. Baik pada Zamani, maka baiklah untuk saya".
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Zamani
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment