16 June 2019

"SEMUA SALAHKAN AKU.. KERANA TAK MAAFKAN DIA" - UMIE AIDA & ERRA BERDAMAI


Perbalahan antara pelakon Datin Seri Umie Aida dan primadona Erra Fazira sebelum ini kecoh dan hangat diperkatakan... namun kini persengketaan kedua-dua selebriti ini akhirnya terlerai apabila mereka bertemu empat mata pada tengah hari semalam.





Umie Aida semalam telah memuatnaik video di Instagram (IG) Stories miliknya yang dipercayai pertemuan antara dirinya dan Erra membabitkan beberapa pautan. Bagaimanapun wajah Umie tidak kelihatan jelas kerana dikaburkan, manakala Erra pula dilihat sedih dan menangis: "Reaksi terakhir dalam video yang saya muatkan di dalam Instagram (IG) stories itu sudah menjawab soalan".

Dipengakhiran pautan video terbabit mereka dilihat berpelukan. Menerusi pautan video terbabit Umie turut menulis mesej: "Semua salahkan aku.. kerana tak maafkan dia. Ya Allah.. Sekian terima kasih.. dan harap warga net tidak bercakap mengenai isu ini lagi. Semoga kita semua dalam rahmatnya Amin..".

Kelmarin, Erra secara terbuka memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengakui beliau telah melakukan kesilapan yang sama sebanyak tiga kali dan melukakan hati sahabat baiknya itu dilaman IGnya selepas perbalahan antara dua selebriti popular ini mula dihidu peminat apabila Umie memuatnaik beberapa siri status berbaur kecewa dan terluka dikhianati sahabat baik sendiri beberapa kali, memusnahkan hubungan persahabatan mereka.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Beautifulnara, Instagram Umie Aida & Erra Fazira


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: