16 June 2019

GAMBAR & VIDEO LAMA - MIZZ NINA POSITIF, TERUS BERUSAHA BUANG


Walaupun gambar dan video lamanya ketika dia belum menutup aurat masih lagi 'bertebaran' di Internet termasuk YouTube, penyanyi yang kini aktivis kemanusiaan dan sudah berhijrah, Mizz Nina, 39, tetap positif. Nina berkata, sebelum ini dia dan suami, penyanyi Noh Salleh (Hujan) sudah berusaha sedaya-upaya meminta pihak terbabit memadam gambar dan video berkenaan.





"Mungkin ada hikmahnya. Barangkali, melalui video dan gambar lama itu orang boleh lihat penghijrahan yang berlaku dalam kehidupan saya. Kami sudah berusaha meminta supaya video dan gambar lama itu dipadamkan mengikut prosedur yang kami tahu. Justeru, saya kini positif dan akan terus berusaha lagi. Malah, saya juga yakin perancangan Allah adalah yang terbaik," katanya.

Pada April lalu, Noh ada berkongsi luahan meminta pihak media dan industri seni supaya memadan dan tidak lagi menggunakan video lama dan gambar Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman yang tidak menutup aurat sebelum ini. Dalam pada itu, Nina juga tidak mahu lagi menjadi penyanyi walaupun menyanyikan lagu-lagu kerohanian kerana suka dengan kehidupan sekarang yang banyak menyertai misi kemanusiaan.

Klik untuk gambar besar


"Saya tak akan menyanyi lagi. Saya suka dengan kehidupan sekarang yang banyak menyertai misi kemanusiaan. Biarlah suami saja yang terus aktif dalam karier nyanyiannya dan saya sekadar menyokong Noh dari belakang," ujarnya yang sekarang menyimpan impian untuk menyiapkan buku biografi mengenai diri dan penghijrahannya.

"Saya sudah menulisnya sejak beberapa tahun lalu tetapi hingga kini nampaknya belum lagi berjaya disiapkan kerana saya menulis apabila ada ilham. Lagipun, saya tidak mahu terburu-buru menyiapkannya kerana dalam buku itu ada banyak perkongsian berkaitan diri saya sendiri. Perubahan dari dulu ke sekarang," tuturnya.

Nina pernah aktif sebagai penyanyi terutama genre hip hop dari 1999 hingga 2012 bersama kumpulan Teh Tarik Crew dan penyanyi solo. Dia mendirikan rumah tangga dengan Noh yang juga penyahyi Hujan pada 2011. Pasangan ini sudah mengerjakan Haji pada 2013 dan kini Nina lebih cenderung mendalami ilmu agama serta terbabit dengan misi kemanusiaan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Mizz Nina


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: