16 July 2019

6 FOTO - SEKITAR BIRTHDAY PERTAMA FATEH, ANAK ADAM CORRIE


Anak kepada pelakon Adam Corrie Lee iaitu Adam Fateh Lee kini genap usia setahun pada 11 Julai lalu dan bagi meraikan saat itu, Adam bersama isterinya, Fazema telah mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran anak mereka yang diadakan pada hujung minggu lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur bertemakan taman tema sarkas.





Majlis tersebut turut di hadiri oleh rakan-rakan selebriti dan ahli keluarga terdekat Adam serta isterinya. Pelbagai acara diadakan pada majlis tersebut dan kanak-kanak yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan khas daripada badut.

Adam Corrie telah berkongsi gambar sekitar majlsi tersebut menerusi laman Instagram miliknya dan melihat pada ruangan komen, para peminat turut mendoakan agar kebahagian yang dimilik oleh keluarga Adam ini akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Untuk makluman, Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee pada 11 Julai tahun lalu selepas 10 tahun penantian.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Adam Corrie Lee


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: