16 July 2019

DIBEDAH JANTUNG DIUSIA SEBULAN - IDZHAM ISMAIL RINDU MOMEN ANAK MEMBESAR


"Dulu bukan main suka daddy peluk sekarang peluk je kena tendang, nak jalan sendiri, tak nak pimpin tangan. Nak minum pakai cawan tak nak botol dah, nak makan pakai sudu sendiri tak nak kena suap dah, lepas tu daddy kena kutip makanan yang awak tumpahkan ye.





"Kadang2 tengok balik video masa Inara baby sampai baru belajar nak jalan. Rindu pula time tu. Bangga daddy tengok Inara membesar, dulu dalam aquarium tak bermaya sampai lah boleh duduk atas muka daddy macam bola dia buat.

"@bellasudeen rindu lah rasa ada baby kecil," ulasnya yang memberi bayangan mahu menambah bilangan anak," demikian kata pelakon Idzham Ismail yang rindu melihat saat anaknya, Nur Sofea Inara yang dahulunya disahkan menghidap mengalami Transposition Great Arteries (TGA) selepas dilahirkan itu membesar dengan sempurna sebagaimana kanak-kanak seusianya.

Walaupun pernah menjalani pembedahan injap utama jantung pada 19 Jun 2017 ketika berusia sebulan, namun Inara kini sangat lincah dan bijak berdikaki. Idzham yang bernikah dengan pramugari, Siti Nur Abilah pada 27 Ogos 2016 itu memberitahu, Inara, 1, kini lebih gemar melakukan aktiviti tanpa bantuannya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Idzham Ismail


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: