31 July 2019

AIMAN, ZAHIRAH NIKAH FEBRUARI 2020, TARIKH TENGAH BINCANG


"Kami memilih bulan Februari kerana ia bulan kelahiran Zahirah dan mengandungi banyak tarikh yang menarik. Namun, tarikh pernikahan masih belum dapat ditentukan kerana banyak hal yang memerlukan perbincangan antara kedua belah pihak," demikian kata pelakon Aiman Hakim Ridza yang mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Zahirah Macwilson pada bulan Februari tahun hadapan.





Mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Februari tahun hadapan menerusi sidang media yang diadakan petang hari ini, Aiman dan Zahirah bagaimanapun masih belum memutuskan tarikh sebenar pernikahan kerana bergantung kepada kekosongan lokasi perkahwinan.

Bagi Zahirah pula, dia berterima kasih kepada semua yang mendoakan mereka berdua dan berharap jodoh ini berkekalan hingga ke jenjang pelamin. Untuk makluman, pasangan ini mula berkenalan rapat sejak November tahun lalu dan melangsungkan pertunangan pada 8 Jun lalu di kediaman ibu Zahirah di Perth, Australia.

"Saya berharap sangat dapat berkongsi tarikh hari ini, namun kami sendiri masih belum mencapai kata sepakat. Apa-apa perkembangan terkini akan diberitahu dari semasa ke semasa, jadi doakan yang terbaik untuk kami," ujarnya.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Kosmo & Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: