31 July 2019

"TAK SEMESTINYA SONGSANG... PELAKON LELAKI NI BUDAKNYA BAIK" - NAMRON


"Baca berita pelakon lelaki didakwa pukul tunang sebab bekas tunang kata dia ada hubungan dengan lelaki lain jadi dia pukul. Betul ke dia lagu (macam) tu? Kadang-kadang orang lelaki ni... apabila berkawan dengan lelaki lain, mereka ada bonding (ikatan yang rapat), apabila ada bonding rapat semacam tak semestinya ada hubungan songsang.





Sakit pula hati tok ayah (merujuk panggilan dirinya) bila baca komen macam confirm dah pelakon lelaki ni ada hubungan songsang sebab tok ayah kenal pelakon lelaki ni budaknya baik, harap hentilah komen benda-benda ni... tak pasti duduk diam," kata pelakon senior, Namron yang meminta netizen berhenti melemparkan kata-kata kecaman terhadap seorang pelakon lelaki yang terkait dengan isu pukul dan hubungan songsang.

Namron, 50, berkata, tuduhan dan laporan polis yang dibuat bekas tunang terhadap aktor itu belum terbukti kesahihannya. Pelakon filem 'One Two Jaga' ini mengulas mengenai isu tersebut menerusi rakaman video di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.

Pada Sabtu lalu, seorang pelakon lelaki ditahan polis selepas dipercayai memukul bekas tunang kerana berang wanita tersebut memintanya menghentikan hubungan songsang dengan kenalannya. Kejadian pukul itu berlaku pada 26 Jun lalu selepas suspek dikatakan datang rumah tunangnya pada pukul 9 malam dan memaksa mangsa masuk ke dalam kenderaannya.

Klik untuk gambar besar


Suspek dikatakan telah mengeluarkan kata-kata kesat serta bertindak menumbuk muka, bibir dan mencengkam mata mangsa sehingga berdarah. Sementara itu, Namron berkata setiap tuduhan haruslah disertakan bersama bukti dan masyarakat tidak seharusnya mempercayai bulat-bulat sesuatu perkara yang dibaca di laman sosial.

Sebagai individu yang mengenali aktor muda tersebut secara peribadi, Namron berharap pelakon berkenaan tabah dan tenang berdepan ujian: "Kita jangan mudah percaya berita begini. Polis masih siasat. Rasanya orang salah faham apabila lelaki berkawan terlalu rapat sampai ada masanya perempuan jadi curiga.

"Kalau kita nak tuduh mesti ada bukti bukan boleh main baca terus buat tanggapan... tak boleh macam tu! Tok ayah doakan pelakon lelaki ni bertabah dan tenang saja, tak payah ambil pusing sangat benda begini... selagi belum terbukti, kita tak bersalah," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Namron


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: