25 July 2019

AISHAH BERSYUKUR ALLAH BERI PETUNJUK - SYAFIE TERIMA NASIHAT ARTIS SENIOR


"Buat masa ini, saya perlukan masa untuk bersendirian. Saya sangat bersyukur dengan petunjuk yang Allah SWT berikan itu. Soal cinta ini saya ketepikan dahulu sebab sekarang ini saya akan teruskan memberi tumpuan sepenuhnya pada karier seni saya sahaja.





"Doakan yang terbaik untuk kehidupan saya akan datang untuk lebih ke hadapan dan berjaya dalam kerjaya saya," kata pelakon Aishah Azman ketika dihubungi dan memberitahu dia buat masa ini memerlukan masa untuk bersendirian dan tidak dapat memberikan sebarang kenyataan lanjut mengenai perpisahan mereka.

Baru-baru in, pelakon Syafie Naswip mengesahkan ikatan pertunangannya dengan adik kepada pelakon Afiq Muiz itu sudah terlerai. pelakon filem 'Talentime' dan 'Songlap' itu berkata keputusan untuk membawa haluan masing-masing dibuat atas persetujuan bersama selepas berdepan dengan dugaan berat.

Bagaimanapun, Syafie menegaskan ikatan pertunangan yang putus itu bukan disebabkan orang ketiga dan pihak keluarga. Mereka mengikat tali pertunangan pada 7 April lalu dan merancang untuk bernikah pada hujung tahun ini.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Syafie memberitahu yang dia menerima kata-kata nasihat dan perangsang daripada rakan artis dan penggiat seni lebih senior. Syafie yang memuatnaik kenyataannya di laman Instagram hari ini bahawa ajal, maut dan pertemuan berlaku dengan izin-Nya, mendapat maklum balas daripada teman artis antaranya Rita Rudaini, Bella Dally dan Zarina Zainuddin.

Kebanyakan mereka mengharapkan pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mukhsin' itu, kuat dan tabah berhadapan dengan dugaan terbabit. Rita dalam mesej yang dimuat naik di laman Instagram Syafie menasihati dengan berkata, apa yang berlaku atas kehendak Allah dan kemungkinan Allah mahu mendatangkan perkara lebih baik buat dirinya.

Zarina pula menzahirkan rasa terkejut dengan berita putus tunang antara Syafie dan Aishah serta dalam waktu sama mendoakan selepas ini andai bertemu jodoh, ia dipermudahkan buat aktor muda itu. Syafie yang sebelum ini enggan menjelaskan punca dia putus tunang dengan Aishah dalam waktu sama mengharapkan semua pihak mendoakan yang baik buat dirinya: "Teruslah positif dan sebarkan rasa cinta".








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Harian Metro, Instagram Aishah Azman & Syafie Naswip


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: