23 July 2019
AL-FATIHAH - IBU ISSEY DIJEMPUT ILAHI HARI INI
Takziah kami ucapkan kepada pelawak Issey Fazlisham atas pemergian ibu tercinta, Asiah Haron, 62, yang meninggal dunia kira-kira jam 3.40 petang hari ini akibat serangan jantung. Berita itu dikongsi Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, menerusi Instagram: "Ibu saya baru meninggal dunia, jam 3.40 petang. Al-Fatihah. Asiah binti Haron".
Menerusi hantaran di Instagram Story, kira-kira dua jam lalu, Issey memohon orang ramai supaya mendoakan ibunya yang dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, akibat serangan jantung: "Doakan ibu saya. Jam 9.30 pagi tadi dia diserang sakit jantung. Sekarang di HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) Kubang Kerian".
Pada 6 Julai lalu, Issey bergegas pulang ke Kota Bharu, Kelantan, untuk melihat keadaan ibunya yang mengalami kecederaan akibat terjatuh di rumah, sehingga memerlukannya menjalani pembedahan pada bahagian kaki. Penyampai radio Suria FM itu juga memberitahu, ibunya menghidap kencing manis sejak setahun lalu dan perlu mendapatkan penjagaan rapi.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Astro Gempak & Instagram Issey
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment