23 July 2019

RAKAM FILEM 'THE LION KING', MUATNAIK DI IG - NEELOFA KENA KECAM


Semua mengetahui beberapa larangan yang kita harus patuhi seperti tidak boleh merakam filem yang sedang ditayangkan di dalam panggung wayang. Mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan denda. Namum baru-baru ini, pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa dilihat telah memuatnaik sebahagian rakaman filem 'The Lion King' yang sedang ditayangkan ke IG Story.





Dek kerana tindakannya itu, Neelofa menerima kritikan hebat yang rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan perbuatan beliau. Malah, mereka menimbulkan persoalan adakah disebabkan dia seorang artis, maka boleh melakukan apa sahaja?

Namun, setakat ini pihak pengacara program 'MeleTop' itu tidak memberikan sebarang respon berhubung isu tersebut. Difahamkan, dia sudah memadam kesemua rakaman filem tersebut di IG Story miliknya.

Filem bikin semula, 'The Lion King' difahamkan berjaya mencatatkan kutipan global box office berjumlah AS$531 juta (RM2.18 bilion) selepas hanya 10 hari ditayangkan. Ia sekali gus meletakkan filem terbitan Disney ini di tempat ke lapan filem paling laris sepanjang zaman untuk minggu pertama tayangan.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Astro Gempak & Instagram Neelofa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: