23 July 2019

PEGUAM: "TIDAK ADA BUKTI BAGINDA BAPA BAYI BERKENAAN" - RIHANA NAFI CERAI


Sebelum ini, peguam Koh Tien Hua mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sah bercerai talak tiga dengan Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko, yang ternyata mengejutkan ramai pihak memandangkan mahligai perkahwinan pasangan itu hanya mampu bertahan selama 13 bulan sahaja dan baru saja menimang putera sulung mereka pada Mei lalu.





Terbaru, Daily Mail melaporkan, peguam Koh Tien Hua mempersoalkan bahawa tiada bukti mengatakan Sultan Muhammad V adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan: "Peguamnya kini mempersoalkan sama ada baginda adalah bapa sebenar anak lelaki mereka. Tidak ada bukti mengatakan baginda bapa kepada bayi berkenaan".

Bagaimanapun, semalam Oksana ada memuatnaik foto bersama cahaya matanya mengatakan beliau berbangga darah Malaysia mengalir dalam tubuh anaknya.

Menurut laporan, Tien Hua berkata pihaknya sudah menghantar surat cerai kepada pihak peguam Rihana. Bagaimanapun, menerusi sebuah portal, Rihana mendakwa beliau masih isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan memberitahu beliau tidak pernah mendengar sebarang talak dijatuhkan.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Daily Mail & Instagram Rihana Oksana Gorbatenko


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: