23 July 2019
SEBELUM KAHWIN - REMY MAHU KUMPUL ASET & KEWANGAN LEBIH STABIL
"Susah sebenarnya kalau hendak bercakap mengenai jodoh ini. Pada saya biarlah ia datang dengan sendiri. Kalau ada, adalah. Sekarang ini saya sedang berdepan dengan 'krisis pertengahan umur'. Banyak perkara perlu saya lakukan. Susun perjalanan hidup terutama membabitkan soal kewangan. Perkara ini pada saya agak penting kerana apabila sudah berkeluarga nanti.
"Sudah berumah tangga nanti tidaklah isteri bising minta susu anak tidak ada. Kahwin memang mudah, tapi hendak melaksanakan tanggungjawab itu paling penting. Apabila sudah berkahwin kita harus jaga manusia. Kita harus memikirkan masa depan, terutama keluarga yang dibina. Memanglah saya boleh fikir diri sendiri saja, tetapi itu penting diri namanya.
"Tambahan pula umum tahu kerja sebagai pelakon ini bukanlah kerja tetap dan saya tidak semestinya sampai bila-bila akan ditawarkan watak utama," kata pelakon Remy Ishak yang belum terfikir mahu mendirikan rumah tangga meskipun dalam usia mencecah usia 37 tahun sebaliknya ingin lebih bekerja keras untuk mengumpul aset serta kawangan yang lebih stabil sebelum mendirikan rumah tangga.
Klik untuk gambar besar
Jelas Remy lagi, 10 tahun akan datang pastinya fizikal beliau yang sudah beruban tidak mendatangkan banyak tawaran berlakon. Dengan itu Remy mahu mula menyusun dan merancang kewangan dalam hidupnya agar lebih stabil: "Dalam melayari hidup sebagai pelakon ini, dalam banyak kelebihan ada kekurangannya, jadi saya harus bijak mempertimbangkan dari semua sudut, apatah lagi sekiranya mahu berumah tangga dan membina keluarga.
"Bayangkan kalau tawaran semakin kurang, bagaimana saya hendak menanggung perbelanjaan keluarga. Benar rezeki setiap hamba-Nya sudah ditetapkan, tetapi saya bakal bergelar ketua keluarga harus bersiap sedia," jelas Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak yang bakal muncul dengan filem 'Sangkar' beraksi di samping Zul Ariffin.
Sebagai lelaki sejati, dia mengharapkan apabila usianya mencecah 40 tahun dia sudah memiliki segala-galanya. Menurutnya, kalau dinilai usianya mungkin pada 10 tahun akan datang rambutnya sudah beruban dan dalam situasi itu pasti tidak sesuai lagi untuk dia menjayakan watak hero yang digambarkan sebagai pelajar kolej.
"Kalau ada pun watak untuk saya ketika itu adalah sebagai bapa, itupun watak bapa juga semakin berkurangan. Saya akui seronok bergelar pelakon, malah dalam diam sebenarnya sudah 15 tahun menjadi anak seni. Cuma dalam melayari hidup sebagai pelakon ini, dalam banyak kelebihan ada kekurangannya, jadi saya harus bijak mempertimbangkan dari semua sudut, apatah lagi sekiranya mahu berumah tangga dan membina keluarga.
"Bayangkan kalau tawaran semakin kurang, bagaimana saya hendak menanggung perbelanjaan keluarga. Benar rezeki setiap hamba-Nya sudah ditetapkan, tetapi saya bakal bergelar ketua keluarga harus juga bersiap sedia," ujarnya yang turut berkongsi dia kini sudah berjinak-jinak dengan bidang perniagaan berkaitan penternakan dan pertanian yang dijalankan di kampung halamannya di Melaka.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Remy Ishak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment