23 July 2019
EIZLAN YUSOF TAK TOLAK JIKA BERPELUANG LEBARKAN SAYAP KE KOREA
Selepas menerima anugerah Asian Most Promising Actor Award di Festival Filem Art Chunsa ke-24 (24th Chunsa Film Art Awards) di Seoul, Korea pada Jumaat lalu, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, memberitahu dia telah menimba pelbagai ilmu perfileman dan tidak menolak jika diberi peluang untuk melebarkan sayapnya dalam bidang seni ke Korea Selatan.
Anugerah dimenangi Eizlan itu adalah kategori baru yang diwujudkan dalam festival yang diasaskan Persatuan Pengarah-Pengarah Filem Korea sejak 1990. Sementara itu, bagi kategori Asian Most Promising Actress diberikan kepada pelakon dari China, Li Yixiao manakala Asian Most Promising Director diberikan kepada Bo Lin juga dari China.
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai anugerah tersebut, Eizlan telah berkongsi mengenai pengalamannya ketika menghadiri acara tersebut di Korea Selatan: "Saya mula mendapat tahu mengenai anugerah ini dari Jawatankuasa Festival Filem tersebut. Mereka yang memberitahu tentang pencalonan nama saya bagi anugerah tersebut.
"Pada mulanya saya tidak mengharap apa-apa pun kerana ramai yang tercalon. Malah ketika saya mendapat jemputan untuk menghadiri Festival tersebut, saya tidak meletakan apa-apa harapan tetapi lebih untuk membuat networking dan juga menimba pengalaman berkenaan industri perfileman kerana yang hadir itu ramai yang telah berjaya di peringkat yang lebih tinggi.
Klik untuk gambar besar
Antara yang hadir adalah Pengarah Korea, Bong Joon-Ho yang telah mengarah filem Parasites iaitu yang telah memenangi Palme d'Or di Cannes Film Festival 2019. Beliau telah memenangi 4 awards di festival ini dan sempat berbual dengan beliau semasa kami sama-sama berada di event tersebut.
"Ia merupakan pengiktirafan anak seni di dalam pelbagai bidang di peringkat Asia yang berpotensi untuk dijadikan sebagai role model dan memberikan peluang dan ruang untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Semasa berada disana, saya telah berjumpa dan beramah mesra dengan ramai penerbit filem dan drama yang hebat.
"Ketika itu tidak terfikir untuk berlakon di dalam mana-mana projek mereka tetapi siapa tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang. Saya kini dalam proses penggambaran drama bersiri Puteri Yang Ditukar yang sedang bersiaran di Astro Prima. Pada September ini pula saya akan mengarah dua telefilem. Selain itu saya kini dalam proses suntingan akhir filem arahan yang pertama Town Mall terbitan Enuja Production SB," katanya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Eizlan Yusof
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment