23 July 2019

ISTERI BERI KEJUTAN - FAD BOCEY TERIMA HADIAH SKUTER YAMAHA NVX 155


Menerusi entri di Instagram (IG), isteri Fad Bocey, Nur Syahirah A Rahman telah berkongsi sepotong video kejutan yang dilakukan baru-baru ini dimana dia menghadiahkan suaminya sebuah skuter Yamaha NVX 155 sebagai ganti apabila Fad mahu menjual moto Ducati kesayangannya.





"Setelah berminggu plan akhirnya sampai. Semuanya dipermudahkan. Kisahnya sebab dia nak jual Ducati atas sebab motor tu beli hanya dimanjakan dekat rumah. Takut sangat nak bagi ride jauh-jauh. Kesian pula tengok dia sayang nak jual Ducati. Jadi kita suprise bagi si biru supaya dia tak rasa kehilangan sangat. Hope you happy with this daddy.

"Thank you abang Jan dan kak Liza tolong carikan moto. Moga Allah balas jasa kalian. Thank you @acheykintangkintung dan @faheem_ocok51 sebab mudahkan urusan ambik dan hantar motor sampai ke depan rumah. Happy bila dapat buat orang yang kita sayang happy tapi dapat jual Ducati jangan lupa ganti balik duit. Ingatkan harga moto RM3,000 ja rupanya rabak weh duit simpanan," tulisnya.



Rata-rata kagum dengan pasangan ini dan mendoakan kebahagiaan serta kesihatan mereka sekeluarga: "@5_xsal: Phewww. Terbaik. Moga dimurahkan rezeki korang semua bersama anak-anak tercinta." - "@alyanazri_:Awwww semoga kakak selalu dimurahkan rezeki." - "@husen: Semoga hubungan yang dikekal bahagia dan sentiasa dimurahkan ezeki. Untung Fad."

Untuk makluman, Fad dan Syahirah mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dan mereka telah dikurniakan dua orang anak kembar lelaki dan seorang anak perempuan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nur Syahirah A Rahman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: