23 July 2019
ALIFF SYUKRI: "MULA-MULA DATANG... DIA MAHU BEKERJA DENGAN GAJI RM500 SAHAJA"
Sebelum ini kisah seorang pemuda kelainan upaya (OKU) bernama Syukri yang bersusah payah datang dari Johor demi bertemu idolanya, Datuk Seri Aliff Syukri di kediaman mewahnya baru-baru ini itu telah membuatkan netizen kagum akan pemuda berkenaan.
Berkongsi lebih lanjut situasi sebenar dan perihal yang terjadi antara keluarganya dan pemuda bernama Syukri itu, jelas Aliff Syukri mereka kini mengambilnya bekerja bersama mereka.
"Kami panggil dia Boy. Ketika mula-mula datang ke rumah kami, dia kata mahu bekerja dengan gaji RM500 sahaja. Saya sebenarnya tidak pernah mengambil pekerja OKU kerana risau persepsi golongan ini pemalas, tetapi berbeza bagi Syukri. Dia sangat rajin bekerja!
"Malah, adakalanya dia menemani saya mendaki bukit, menjaga stor, memandu, pandai menjaga Yusoff dan macam-macam lagi," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik Aliff Syukri Legacy Cosmetics di Damansara baru-baru ini.
Jelasnya lagi, biarpun ramai yang memintanya menjadikan Syukri sebagai anak angkatnya, penyanyi lagu 'Bobo Di Mana' itu menolaknya dengan cara baik. Malah, menariknya dedah Aliff Syukri, Syukri, 22, memiliki pasangan kembar perempuan yang memiliki sifat sempurna dan boleh bertutur secara normal. Difahamkan ibu kepada Syukri bekerja sebagai seorang penoreh getah.
Sementara itu, dedah isteri Aliff, Datin Seri Shahida, abang kepada Syukri pernah menghubunginya untuk berterima kasih atas budi baik mereka menjaga adiknya: "Kata abangnya terima kasih kerana menyantuni adik saya," ujarnya.
ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO
www.myartis.com / Sumber. foto & video: Astro Gempak & mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment