23 July 2019

BILA NAIM DANIEL TAYANG 'SECOND BABY' JENAMA FORD RANGER


"Second baby. Alhamdulillah," tulis penyanyi Naim Daniel yang memuatnaik foto dirinya sedang bergambar dengan sebuah kereta jenis pacuan empat roda (4WD) dan ia telah mendapat perhatian peminatnya.





Foto yang dimuatnaik ke akaun Instagram (IG) miliknya itu kelihatan seperti Naim baharu sahaja memiliki kereta jenama Ford Ranger berwarna hitam. Menerusi kapsyen pada foto tersebut, Naim menjelaskan ini merupakan kereta kedua yang dibelinya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat Naim tidak terlepas untuk mengucapkan tahniah kepadanya: "@nurulnaqielah98_: Kereta boom sama macam lagu Sumpah juga." - "@sofeya_aisyah: You deserve it Naim." - "@suffiyahrosli: Congrats Alhamdulillah." - "@hilmikhalily: Alhamdulillah rezeki bro @naimdanielx." - "@iramohdamin: Beyond proud."

Naim yang muncul dengan single terbaharu 'Sumpah' sering memuatnaik rakaman nyanyian semula lagu-lagu artis popular tempatan dan antarabangsa. Lagu 'Sumpah' merupakan lagu ciptaan Naim sepenuhnya dan muzik video lagu itu telah mendapat lebih 12 juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan pada 19 April lalu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Naim Daniel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: