10 July 2019

ANAK LINDA EVA PARAH KEMALANGAN MOTOSIKAL


Anak lelaki Penyanyi Linda Eva, Muhammad Haziq Hasbullah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Muhammad Haziq, 19, yang juga bintang remaja dan anggota Putra Band mengalami kemalangan itu ketika membonceng motosikal yang ditunggangnya hingga mengalami kecederaan parah. Bagaimanapun, rakannya yang turut bersama cedera ringan.

"Semenjak masuk wad pada hari kejadian, anak saya telah menjalani pembedahan sebanyak dua kali di bahagian kaki kanannya kerana saluran darah yang pecah akibat kemalangan.





"Selepas ini akan ada lagi beberapa pembedahan susulan. Saya tidak mendedahkan kepadanya kerana tidak mahu mengganggu fikiran Haziq yang sedang fobia," ujar Linda dipetik sebagai berkata.

"Kalau boleh, janganlah diungkit hal berkaitan kemalangan kerana saya tidak mahu dia bersedih.

"Kepada yang datang melawat, berbuallah perkara yang membuatkan dia gembira dan kembali bersemangat," tambahnya.







         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: