19 July 2019

DEMAM PANAS 40 DARJAH - LEEZ SAMBUT BIRTHDAY AEPUL DI HOSPITAL


Menerusi entri yang dimuatnaik di laman Instagram, penyanyi dan pelakon Leez Rosli terpaksa akur menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, penyanyi utama kumpulan Drama Band, Aepul Roza di hospital selepas mengalami demam panas yang teruk, dengan kepanasan 40 darjah.





Leez atau nama sebenarnya Rosliza Binti Rosli, juga memohon semua agar dapat mendoakan kesihatan suaminya yang dikahwininya pada tahun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan itu: "Cinta sampai mati. Happy Birthday Daddy syg.. Semoga yang baik-baik sahaja buat ampa.. 😘❤️.

"Tahun ni besday sambut kat spital sebab Daddy demam panas.. Mohon semua doa kan kesihatan suami hakak.. Aepul Roza demam over 40 degree.. 😔 *Dah tuo mcm lg hensem ni 😍," tulis Leez yang memuatnaik foto bersama anak dan suami yang kelihatan tua selepas menggunakan FaceApp.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Leez Rozli & Aepul Roza


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: