18 July 2019
LEPAS AISHAH, PENYANYI INDONESIA FIRMAN RAGUI KETULINAN HADIAH VIDA
Selepas penyanyi Aishah berjaya mendapatkan kembali barang kemas tulin bernilai RM80,000 daripada Datuk Seri Vida (DSV), terkini penyanyi Indonesia, Firman selaku pemenang tempat kelima program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pula meragui ketulenan hadiah miliknya.
"Sekitar Mac tahun lalu, saya ajak isteri ke pusat beli-belah di Bandung. Kebetulan ternampak kedai emas dan tergerak hati untuk pergi bertanya nilai barangan itu jika ingin dijual.
"Apabila saya menunjukkan subang itu, perkara pertama ditanya pekerja kedai emas adalah sijil subang berlian itu. Saya beritahu tak ada sebab ia adalah hadiah daripada pertandingan nyanyian. Disebabkan itu, mereka tidak boleh periksa," ujar Firman dipetik sebagai berkata melalui Harian Metro.
"Semalam, saya menonton di YouTube yang mana Aishah dapat ganti rugi. Itu menguatkan lagi keyakinan saya mengatakan subang berlian yang diberikan pada saya juga palsu.
"Saya terus menghantar mesej WhatsApp kepada Vida bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara ini, namun tidak berbalas. Tapi, saya takkan berhenti dan tetap akan berjuang seperti mana dilakukan Aishah.
"Saya juga merancang untuk pergi periksa sekali lagi. Sekiranya, betul palsu, saya akan membuat tuntutan, sebab ia adalah hak kita," tambahnya.
________________________
No comments:
Post a Comment