18 July 2019

"SEMUA MENANTI PENUH HARAPAN SUPAYA DAPAT KELUAR" - HELIZA HELMI


"Delegasi Malaysia Terkandas! Tiada jaminan boleh masuk atau keluar di Gaza ini. Inilah realiti kehidupan bumi dinamakan Gaza Palestin. Perjalanan nak tembusi masuk ke Gaza sahaja ambil masa lebih 16 jam, dengan perlu melepasi satu demi satu 'check point' yang tiada kemudahan tempat makan dan minum serta tandas.





"Memang mencabar. 16 jam tak pergi ke tandas memang amat mencabar. Nak masuk Rafah sahaja penuh cabaran kerana perlu melepasi pemeriksaan demi pemeriksaan pihak berkuasa di sana. Akhirnya kami perlu menunggu dan terus menunggu.

"Waktu nak tunjuk pasport pun sampai kena tengking dengan pihak berkuasa. Dihalau dan kemudian beratur semula. Sistem mereka di sana memang berlangsung sesuka hati," demikian perkongsian penyanyi dan pelakon Heliza Helmi menerusi laman Instagram selepas delegasi Malaysia yang menjayakan misi #WakeUpForGaza terperangkap di sempadan Rafah, Mesir.

Heliza berada di sana sejak 8 Julai lalu bersama-sama sukarelawan lain, termasuk adiknya, Hazwani; suami pelakon Yatt Hamzah, Zulfadhli Khairuddin; dan anggota Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Mereka sepatutnya dijadualkan pulang ke tanah air, hari ini.

Klik untuk gambar besar


Heliza turut memaklumkan, keadaan cuaca di sana juga panas terik sehingga mencecah 50 darjah selsius: "Bayangkan, kami terkepung dengan ramai orang di kawasan sempit, tiada udara mahupun kipas. Apatah lagi pendingin hawa.

"Solat pun kena (tunaikan) di atas lantai yang berdebu dan penuh sampah. Bayangkan kalau lebih lama terkandas di sini dan bekalan makanan habis. Rangkaian internet pun tak ada. Ada juga yang cedera dan duduk di atas lantai dengan muka kemerahan serta berpeluh.

"Semua menanti penuh harapan supaya dapat keluar. Kami sebaliknya diberitahu perlu tinggal di Rafah. Selepas beberapa jam pula, kami diminta berpatah balik ke Gaza," kata Heliza yang turut memberitahu, mereka belum tahu nasib diri dan bila dapat kembali ke tanah air.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Heliza Helmi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: