18 July 2019

KONGSI FOTO LIMA PEMBANTU RUMAH JAGA ANAK - ZIZIE NAFI MENUNJUK, RIAK


Sebaik sahaja memuatnaik sekeping foto yang menampakkan lima pembantu rumahnya menjaga lima anak termasuk dua anak angkatnya, semalam, pelakon Datin Seri Zizie Izette telah mendapat tohmahan beberapa pemilik akaun Instagram (IG) yang mengatakan dia sengaja menunjuk.





Berikutan itu, warganet menyifatkan tindakan itu sebagai riak tambahan pula Zizie adalah isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Bagaimanapun, Zizie menafikan dakwaan sesetengah pihak: "Saya rasa tiada isu di sini kerana pengikut IG atau peminat sudah mengenali atau mengetahui kehidupan saya.

"Apabila membaca ruangan komen di IG, saya dapati ramai yang memberi sokongan. Ada dalam kalangan pengikut berharap mereka meraih rezeki yang sama seperti mana saya dikurniakan. Saya tidak ketinggalan mendoakan dan berharap rezeki mereka dimurahkan oleh Allah SWT," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menurutnya, dia sering berkongsi perkembangan hidupnya sekeluarga di IG dengan memuatnaik foto miliknya: "Jika foto disimpan dalam telefon bimbit, ia mungkin hilang apabila peralatan itu rosak. Disebabkan itu saya memuatnaik di laman sosial kerana ia kekal di situ".

Berkaitan pembantu rumahnya, Zizie tidak mengulas sejak bila mereka diupah dan berapa gaji dibayar. Katanya, dia menggunakan khidmat lima pembantu rumah untuk mengendalikan lima anaknya termasuk keluarga.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zizie Izette


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: