21 July 2019

JASMIN HAMID 'BENGANG' MAGGI SOTONG BESAR KUKU 'CEKIK DARAH'


Menerusi laman Instagram, pelakon Jasmin Hamid telah meluahkan rasa ketidakpuasan hati mengenai harga sepinggan Maggi Goreng Sotong yang telah dipesannya di sebuah kedai Mamak di Subang. Kongsinya, dia sebelum ini sudah biasa menikmati hidangan di restoran sedemikian, bagaimanapun harga yang dikenakan tidak 'cekik darah' seperti yang didakwa Jasmin.





Pada masa sama, Jasmin turut mempersoalkan mengenai keberkatan dalam berniaga serta harga yang dikenakan juga tidak seiring dengan rasa: "Saya biasa juga makan kat kedai mamak tapi harga tak adalah cekik darah macam ni tapinya Restoran My Nasi Kandar di Mydin Mall USJ ni cekik darah betul.. Maggi Goreng Sotong RM 9.20.. Sotongnya cuma 2 ketul je mulanya, bila dah komplen, baru tambah lagi 5 ketul sotong yang SEBESAR KUKU..

"So total sotong cuma 7 KETUL untuk RM 9.20.. INGATKAN SHAH RUKH KHAN YANG MASAKKAN SEBAB TU JADI MAHAL .. tak pulak... SHAH RUKH KHANTUUUU je yang masakkan pun, tapi harga cekik darah... Kadang-kadang terpaksa makan kat kedai sebab busy tapi tak sangka pulak harga cekik darah macam ni 😰😰😰.. Macamana nak dapat BERKAT bila berniaga macam ni.. Hari ni memang rezeki untuk kedai ni..

Klik untuk gambar besar


Lepas ni dah TAK DATANG LAGI la jawabnya.. Sebelum ni ada dengar cerita juga pasal kedai ni.. Tapi bila dah kena pada diri sendiri, fahamlah kenapa ramai custumor yang komplen pasal harga yang tak patut.. MAKANAN TAK SETANDING DENGAN HARGA DAN RASA .. Saya bayangkan macamana agaknya pada mereka yang tak berapa kemampuan, kena bayar harga yang tak setanding dengan makanan yang di jual..

"Dah la tak ada tanda harga, bill pun kena minta, baru dapat 😥," tulis Jasmin panjang lebar yang mneriman komen dimana rata-rata peminat turut berkongsi pengalaman masing-masing termasuklah rakan selebriti yang turut memberikan reaksi terhadap keluhan yang dibuat Jasmin.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Jasmin Hamid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: