21 July 2019

SEDIH RADIO TAK MAIN LAGUNYA - ALIFF SYUKRI TAK 'SERIK', TERUS MENYANYI


"Menyanyi ini hobi dan saya akan terus menyanyi kerana saya masih relevan. Walaupun orang mengecam tapi mereka masih tengok. Contohnya lagu 'Jom Raya' hingga mendapat jumlah tontotan yang tinggi di Youtube sehingga menjana pendapatan RM25,000.





"Tapi saya sedih sebab televisyen dan radio tak nak mainkan lagu saya! Saya pun macam penyanyi lain... tapi orang tak nak sokong sedangkan ketika di luar negara orang sokong dan taja makan hotel saya," demikian kata usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.

Pernah muncul dengan beberapa buah lagu sehingga menjadi trending di laman sosial, Aliff mengakui kecewa apabila lagu nyanyiannya itu tidak disiarkan di radio mahupun televisyen di Malaysia. Menurut Aliff, 32, bakatnya seakan tidak dihargai di negara sendiri namun terharu apabila masyarakat luar lebih memberi sokongan terhadap kerjaya seninya itu.

Klik untuk gambar besar


Pada Jun lalu, pelakon filem 'Badang' ini muncul dengan lagu raya berjudul 'Jom Raya' duet bersama Zizi Kiran dan Bella Astillah. Lagu tersebut menjadi trending dan telah disaksikan lebih dua juta tontonan di Youtube. Selain itu, dia turut menyanyikan lagu 'Bobo Di Mana', 'Abang Nak Tegur', 'Biar Apa Orang Nak Kata' dan 'Agama Kedamaian'.

Enggan berputus asa walaupun bakatnya dipandang sepi, Aliff berkata dia merancang untuk muncul dengan lagu baharu bergenre dangdut tidak lama lagi. Namun dia masih belum berjumpa dengan mana-mana penyanyi yang sesuai untuk bergandingan dengannya dalam lagu tersebut.

"Lepas ni saya nak buat lagu lagi, secara jujurnya saya nak nyanyi lagu berunsur dangdut pula. Tapi belum jumpa lagi siapa yang sesuai untuk berduet sebab saya tak kenal penyanyi Indonesia," ujarnya yang kini sedang menanti isterinya, Datin Seri Nur Shahida melahirkan anak kelima mereka tak lama lagi.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: