10 August 2019

7 FOTO - VOKALIS KUGIRAN MASDO SELAMAT AKHIRI ZAMAN BUJANG


Tahnaih kami ucapkan kepada vokalis band Kugiran Masdo, Ali Sariah yang tiada angin tiada ribut dikhabarkan telah selamat bernikah dan menamatkan zaman bujangnya dengan sekali lafaz. Berita tersebut dikongsi oleh pentadbir akaun media sosial dengan memuatnaik foto pernikahan.





Menerusi entri tersebut, Ali bersama isterinya, Natasha Nur Ain bergambar bersama ahli Kugiran Masdo yang lain di atas pelamin. Ruangan komen foto itu dihujani dengan ucapan tahniah yang dikirimkan oleh peminat setia Kugiran Masdo.

"Ceri tidur air liur meleleh, Mawi dan am bermain mahjung. Berbaju sedondon berwarna putih, Sekali lafaz sah jadi suami isteri ah lantak ler tak pandai aku pantun setengah jam memikior ending die. Alhamdulillah walaupun kadang kadang nyanyi salah lirik, dengan sekali lafaz, ali sudah menjadi laki orang. Semoga bahagia hingga ke jannah dan cepat mendapat cahaya mata ❤️ #alicha #alichariah," tulisnya.

Menerusi carian di laman Instagram, Ali dipercayai melangsungkan pernikahan dengan Natasha yang berasal dari Johor. Majlis akad nikah diadakan pada Jumaat pagi (8 Ogos) manakala majlis resepsi pula berlangsung pada sebelah malam. Apapun, semoga ikatan yang dibina kekal sehingga ke syurga!

Klik untuk gambar besar













www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram @kugiranmasdo, #alicha & #alichariah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: