10 August 2019

"TIADA PAKEJ BUY ONE FREE ONE" - JOHAN & OZLYNN HARGA SENDIRI, TAK KONGSI


Pelawak dan pelakon, Johan Raja Lawak memberitahu dia dan isterinya, pelakon Ozlynn tidak pernah mengamalkan istilah pakej atau kongsi bayaran biarpun mereka muncul dalam sebuah karya yang sama. Johan menegaskan bayaran bagi setiap tawaran lakonan untuk dia dan Ozlynn adalah berbeza.





"Tiada istilah buy one free one. Harga bayaran saya dan isteri memang berbeza. Jika ditawarkan kami berdua berlakon dalam filem atau drama yang sama, saya ada harga saya sendiri dan begitu juga dengan Ozlynn. Kami tidak pernah amalkan istilah pakej seperi 'buy one free one' atau bayar dengan hanya satu harga kemudian dibahagikan untuk saya dan Ozlynn," katanya ketika ditemui bersama isterinya di sidang media teater Malayu-Pawana Isabella.

Dalam pada itu, Johan yang juga penyampai radio ini mendedahkan dia menerima tawaran berlakon teater arahan Erma Fatima selepas dipujuk beberapa kali oleh pengarah itu yang pada mulanya mengatakan ia sekadar pementasan ringan dan menyeronokkan.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Johan menyedari dia 'ditipu' Erma pada hari pertama sesi latihan apabila mendapati teater tersebut bukan seperti yang digambarkan, sebaliknya ia merupakan teater bangsawan moden: "Sejak awal tahun ini, Erma dah beberapa kali tawarkan saya berlakon dalam teater arahannya dan setiap kali itu juga saya cuba mengelak darpada bertembung dengannya... tapi akhirnya kami berjumpa pula di bazar Ramadan.

"Selepas dipujuk beberapa kali, saya pun terima tawaran dia yang pada mulanya dikatakan hanya pementasan yang ringan dan sekadar seronok-seronok sahaja. Dia pun ada ajak Ozlynn berlakon sekali dan isteri pun setuju. Hari pertama saya dan isteri datang sesi latihan, dalam lift terkejut apabila melihat lokasi latihan itu untuk teater bangasawan moden bukan seperti yang dikatakan Erma pada mulanya.

"Rupa-rupanya saya dan Ozlynn kena 'tipu' dengan Erma tapi disebabkan sudah terima tawaran itu, kami tetap lakukan dan menggangap ia satu cabaran," ujarnya berhubung tawaran teater Malayu-Pawana Isabella arahan Erma bersama pengarah muda, Naque Ariffin yang turut dibintangi Syafiq Kyle, Janna Nick, Datuk Afdlin Shauki, Azar Azmi dan ramai lagi yang akan mula dipentaskan bermula 21 hingga 31 Ogos ini di Istana Budaya.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Johan & Ozlynn


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: