10 August 2019

BANTU SELESAIKAN VISA - ZIZAN DIHADIAH SEJAMBAK BUNGA OLEH NEELOFA


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membantu sewaktu saya memerlukan bantuan dan memperkenalkan saya kepada beberapa individu dari kedutaan Arab Saudi. Bantuan anda sangat saya hargai dan ia tak mungkin terlaksana tanpa pertolongan ikhlas anda.





"Terima kasih!" tulis pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa yang meluahkan rasa bersyukur melalui sekeping nota yang dihantar kepada pelawak dan pelakon Zizan Razak bersama sejambak bunga Jumaat lalu.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, menghadiahkan sejambak bunga kepada Zizan sebagai menghargai bantuan yang dihulurkan pelakon filem 'Polis Evo' itu sewaktu berdepan masalah visa ketika berangkat ke Tanah Suci Makkah pada Rabu lalu.

Klik untuk gambar besar


Perkara itu dikongsikan Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 35, menerusi InstaStory miliknya. Terdahulu, Nelofa bersama beberapa lagi jemaah Haji berdepan insiden tidak diduga apabila terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat masalah Visa.

Pengacara program 'MeleTOP' itu kemudiannya memuatnaik sebuah lagi posting menyatakan penghargaan terhadap beberapa pihak termasuk Zizan Razak atas bantuan memperkenalkannya kepada bberapa individu di kedutaan Arab Saudi.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Zizan Razak & Noor Neelofa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: