10 August 2019

BILA BULU MATA LENTIK ALISA AISYAH BUAT NETIZEN 'CAIR'


Pelakon Hairul Azreen menerusi laman Instagram telah memuatnaik sepotong video pendek yang merakamkan aksinya yang sedang 'berbual' dengan anak keduanya, Alisa Aisyah yang kini berusia lebih dua bulan dan video tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 358,000 kali.





"Ini jelah masa kita ada utk peluk & tidur dgn anak2... nanti dia dah besar tak mau nya dia tdo dgn kita, tak percaya tanya diri sendiri. Hahahah jadi hargai saat2 dorg masa baby n kecik ni walaupun tidur kita tak lena, kena bangun buat susu atau pun tukar lampin, utk beberapa tahun ni je 🥰😍🥰," tulis Hairul pada kapsyen video tersebut.

Layanan mesra si bapa terhadap anak kecil sambil bertanya sama ada sudah maju tidur nyata mengundang perhatian netizen yang terpegun melihat bulu mata Alisa. Melihat pada ruangan komen, rata-rata peminat memuji bulu mata anak perempuan Hairul dengan pelakon Hanis Zalikha ini dan menyifatkan bulu mata bayi comel itu lentik dan lebat, tak ubah seperti mengenakan maskara.

Untuk makluman, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga mereka pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan menimang sepasang cahaya mata. Anak sulung pasangan ini bernama Yusuf Iskandar yang dilahirkan pada 3 Jun 2016 manakala anak kedua, Alisa Aisyah pula pada 24 Mei lalu.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Instagram Hairul Azreen


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: