10 August 2019

"I HEMPAS LAGI!!!!" - SAJAT DITAWAR BERLAKON 'KL GANGSTER 2'


"WAHHHH 😱😱😱😱😱. I dapat offer berlakon!!!!!! Dari SKOP PRODUCTION 🔥🔥🔥🔥🔥. BERLAKON FILEM SIS 🤩🤩🤩🤩🤩🤩. Alhamdulillah rezeki saya.. Dulu memang saya pernah berlakon, if uols ingat, I berlakon cerita ophilia, lepas ini I hempas lagi!!!!





"Nak tahu I pegang watak apa??? NANTIKAN NURSAJAT BERAKSI DI LAYAR PERAK‼️‼️‼️ Lepas ini I akan jadi wanita gangster lawan dengan Syamsul Yusof gitew 😂😂😂😂. Waaaaachaaaaa 🙅🏼‍♀️ #okgo #berlakon #klgengster2 #nursajat23 #nursajadiah #gitew #hempas #rezeki #masukkelaslakonan," demikian tulis usahawan kosmetik, Nur Sajat menerusi laman Instagram miliknya.

Meskipun Sajat sering terpalit dengan kontroversi panas, namun masih ramai netizen berminat untuk mengetahui perkembangan terbarunya dan boleh dikatakan apa saja yang dikongsikan oleh Sajat di media sosial pasti akan menjadi perhatian ramai.

Klik untuk gambar besar


Kini sibuk dengan perniagaan bengkungnya, rupanya dalam diam baru-baru ini Sajat ditawarkan berlakon daripada SKOP Production untuk membintangi siri KL Gangster Underworld musim kedua yang akan disiarkan di platform digital iflix nanti.

Perkara itu dikongsikan oleh Sajat di laman Instagram miliknya berserta perbualan Whatsapp tawaran tersebut. Menerusi perbualan tersebut, Sajat ditawarkan berlakon dalam satu babak di Brothel. Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja untuk melihat lakonan Sajat.

Namun, seperti biasa mata netizen memang tajam daripada biasa serta membuat 'selidikan' dan sudah mengetahui watak apakah yang akan dilakonkan oleh Sajat nanti. Dalam pada itu, ada yang mengatakan beruntungnya Sajat mendapat tawaran berlakon daripada syarikat produksi besar. Malah ada yang berharap Sajat akan tercalon dalam pelakon pembantu wanita terbaik kelak.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Sajat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: