10 August 2019

"PENUH BERMAKNA" - IZREEN & UDE ADAKAN MAJLIS TAHNIK, AQIQAH AARON IBRAHIM


"Terima kasih bagi mereka yang menjayakan majlis tahnik dan aqiqah semalam. Serba sederhana tapi penuh bermakna," kata pelakon Izreen Azminda yang telah mengadakan majlis tahnik serta aqiqah semalam untuk anak keduanya, Aaron Ibrahim yang selamat dilahirkan pada 29 Jun lalu dengan berat 2.85 kg di sebuah hospital swasta ibu kota.





Menurut Izreen majlis tersebut diadakan dalam keadaan sederhana namun penuh bermakna untuk dirinya dan suami, pemuzik bebas Ude Wahid. Izreen memuatnaik foto mereka bertiga di sekitar majlis terbabit. Namun, Izreen belum lagi mendedahkan wajah anaknya kepada umum.

Dalam pada itu, Izreen turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua kepada Ude. Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adrian Umar. Ude juga memiliki dua orang cahaya mata lelaki iaity Arish Muqri, dan Ariq Muqri, hasil perkahwinan pertama dengan Intan Liana Saleh.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: