29 August 2019

ALI PUTEH: "JIKA ADA REZEKI MENANG, DUIT ITU UNTUK RAWATAN ANAK"


Tiada siapa tahu pengorbanan yang terpaksa dilakukan pelawak Ali Puteh yang kelihatan tenang ketika membuat persembahan di atas pentas Muzikal Lawak Superstar 2019 (MLS 2019). Menurut Ali, dia perlu meneruskan perjuangan di pentas dalam keadaan bayinya kini bertarung nyawa akibat mengalami masalah injap jantung terbalik dan jantung terbalik.





"Atas pentas saya perlu melakukan yang terbaik untuk bertahan dan tak boleh tunjukkan kesedihan sebab ia pertandingan. Saya perlu kuat demi anak saya yang kini masih di hospital akibat mengalami masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang. Isteri minta saya teruskan kerja. Jika ada rezeki menang, duit itu untuk rawatan anak, itulah punca kekuatan saya," katanya.

Anak keduanya, Sharifah Ainul Mardhiah kini masih di bawah pemerhatian dan rawatan di Hospital Ampang. Sebelum ini, Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memberitahu anaknya dilahirkan secara normal di Pusat Rawatan Islam Kohilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 6 Ogos lalu.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, pada hari kelima anaknya disahkan menghidap jaundis dan dipindahkan ke Hospital Ampang pada 12 Ogos lalu. Pembedahan untuk masalah yang dihadapi Sharifah Ainul hanya boleh dilkaukan apabila berat bayinya mencecah 4 kilogram.

Ali dan isterinya, Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang lagi cahaya mata bernama Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia yang kini berusia dua tahun. Dalam pada itu, Ali yang juga ahli kumpulan Puteh meluahkan rasa terharu dengan sokongan dan doa daripada peminat.

Pelakon Idzham Ismail turut menghubungi Ali untuk berkongsi pengalaman ketika anaknya, Nur Sofea Inara menghidap komplikasi jantung pada Jun 2017: "Saya sangat-sangat terharu dengan sokongan dan doa daripada peminat sebab itu saya kongsi video keadaan anak saya di Ig untuk mereka. Idzham pun ada hubungi saya sebab dia sebelum ini pernah melalui situasi yang lebih kurang sama dengan saya tapi anak menghidap masalah komplikasi jantung," ujarnya.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ali Puteh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: