29 August 2019

FESYEN NADIA BRIAN DI KLFW 2019 TERIMA KRITIKAN


Pada Ahad lalu telah berlangsungnya Kuala Lumpur Fashion Week 2019 (KLFW 2019) yang diadakan di Pavilion, Kuala Lumpur. Seperti kebiasaan, acara tahunan itu pasti dimeriahkan dengan kehadiran rakan selebriti dan juga peminat fesyen seluruh negara.





Selain barisan koleksi yang diperagakan, gaya yang dikenalan selebriti turut mencuri mata yang memandang. Misalnya, pelakon Nadia Brian yang berkongsi foto ketika menghadiri program tahunan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya mengundang reaksi peminat.

"Stunning piece from @afiqmofficial for latest collection! Thank you for having me babe! My accessories from @wanderlustandco #NadiaBrian #AfiqM #klfw2019," tulis Nadia yang bakal berkahwin tidak lama lagi dengan tunangnya, ahli perniagaan Muizz Nasruddin.

Bagaimanapun, persalinan bermotif yang dikenakan pelakon berusia 28 tahun itu mendapat kritikan meski ada yang memuji. Rata-rata netizen memberi pendapat bahawa Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi tidak sepatutnya berpakaian sedemikian.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Nadia Brian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: