Sebelum ini timbul dakwaan pelakon Emma Maembong dikatakan menjalin hubungan cinta dengan ahli kumpulan K-Clique, Noki selepas dikatakan hangat bercinta dengan abang kepada Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq.

Khabar angin itu timbul apabila kedua mereka sering memuatnaik gambar bersama di laman Instagram. Bagaimanapun, Noki menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan hubungan mereka tidak lebih hanyanya sekadar kawan.
"Kami sudah tujuh tahun berkawan, kebetulan kakak saya rapat dengan Emma. Benda itu jadi isu sebab kami post gambar di Instagram, hakikatnya perasaan saya terhadap dia tak lebih daripada sekadar kawan," tuturnya.
Dalam pada itu, Noki turut menghuraikan ciri-ciri wanita idamannya iaitu seorang wanita yang bertudung dan tinggi lampai. Apa pun, terjawab sudah spekulasi hubungan mereka berdua hanya sekadar teman baik sahaja dan Emma tidak menepati ciri-ciri gadis idaman Noki memandangkan pelakon itu tidak lagi bertudung.
Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________

No comments:
Post a Comment