29 August 2019

MUATNAIK FOTO DI MAHKAMAH - ISTERI SHARNAAZ FAIL CERAI?


Baru-baru ini, rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor menghadapi masalah. Nabila yang merupakan kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa itu didakwa nekad mahu memfailkan perceraian selepas beberapa usaha untuk menyelamatkan rumah tangganya gagal.





Tapi, foto terbaru yang dimuatnaik oleh Nabila sebentar tadi mengundang pelbagai spekulasi. Menerusi laman Instagram Stories Nabila, ibu kepada Jebat Jayden Ahmad itu memuatnaik sekeping foto di sebuah lokasi yang difahamkan kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Dalam laman Astro Gempak, rakan Miss K turut mendakwa yang Nabila dah benar-benar nekad, sebab itu dia yang memfailkan perceraian. Melihat pada ruangan komen di laman Instagram Nabila, ada peminat yang sudah menyedari perkongsian foto di lokasi terbabit dan meninggalkan kata-kata semangat untuk Nabila.

Klik untuk gambar besar


Sekitar Februari lalu, timbul dakwaan yang mengatakan rumah tangga Nabila dan suami dilanda badai. Namun begitu, pada bulan Mei lalu, hubungan mereka dikatakan kembali pulih selepas pasangan itu memuat naik foto bersama di laman Instagram. Dalam pada itu, Nabila juga turut memuatnaik kata-kata yang menguatkan spekulasi yang dirinya kini berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Jika benar, kami doakan mereka menemui jalan yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Selalunya wanita sukar nak melepaskan apa yang dia sayang. Hanya wanita betul-betul kuat dan ada alasan yang kukuh je. Kami pun tak berani nak cakap lebih-lebih. Apa pun, kita doakan je yang baik-baik. Siapa yang suka perpisahan, kan?


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: