18 August 2019

ALIFF SYUKRI MUATNAIK VIDEO SAJAT 'GELEK' - BONDA, ISTERI 'SOUND'


Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang sering mencetuskan kontroversi di laman sosial itu sekali lagi dikecam netizen apabila tindakan penyanyi lagu 'Bobo Dimana' tersebut memuatnaik video Nur Sajat sakan 'bergelek' di laman Instagram miliknya baru-baru ini.





Pada netizen, kelakuan mereka berdua ini sudah melampau, mahu meraih publisiti murahan. Apa yang dilakukan oleh Aliff bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi ibunya, Rozita Ibrahim yang kini sedang menunaikan ibadah haji: "Mak balik nanti, aku libas kau".

Bukan sahaja ibunya, malah isteri Aliff iaitu Datin Nur Shahida yang kini sedang berada di Makkah turut merasa kesal dengan sikap suaminya itu. Dia memesan Aliff untuk menjaga maruah dan berkata matlamat tidak menghalalkan cara.

Sudah beberapa kali rasanya ibu sendiri dan isteri tegur untuk tidak mencetuskan kontroversi. Sebagai seorang usahawan berjaya dan kaya, seelok-eloknya elakkan diri dan jauhkan daripada golongan yang jantinanya diragui.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: