17 August 2019

KERETA DILANGGAR KETIKA HUJAN LEBAT - DJ LIN TAK CEDERA


"Petang itu (semalam), saya nak keluar dari pejabat, entah macam mana ada kenderaan melintas di laluan saya dan bertembung dengan kereta yang saya pandu.





"Alhamdulillah, saya dan pemilik kenderaan itu tiada sebarang kecederaan tapi bahagian depan kereta saya rosak. Mungkin hujan lebat menyebabkan pemandu berkenaan tak perasan kehadiran kereta saya sehingga menyebabkan pelanggaran itu," jelas penyampai Suria FM, DJ Lin.

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 44, terlibat kemalangan ringan di hadapan pejabat Menara Star, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis lalu. Menurut DJ Lin , dia tidak mengalami sebarang kecederaan namun bahagian hadapan kenderaannya alami kerosakan.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram DJ Lin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: