17 August 2019

"DON'T WORRY KALAU ANAK ABAH NI TAK KAHWIN LAGI" - SHERRY ALHADAD


"Arwah atok saya sebelah kiri, Syed Ali Al Hadad dan arwah abah saya sebelah kanan Syed Abdullah Al Hadad. Saya tak pernah jumpa arwah atok kerana dia meninggal dunia setahun selepas saya lahir. Arwah abah pula saya meninggal masa saya umur 9 tahun.





"Masa kecik dulu, saya lah peneman setia arwah abah. Orang akan tegur abah dan tanya "cucu ke Tuan Syed?" "Takklah anak bongsu". Nama Sherry pun abah yang bagi sebab dapat dari lagu Modern Talking- Cerry cerry lady. BTW abah, don't worry kalau anak abah ni tak kahwin lagi.

"Dia happy hidup ngan umi n adik beradik yang lain. Eh cucu abah pun dah ramai tau. Cicit pun dah ada. Agituewwww. I love u lah Abah. Semoga roh abah dan roh atok di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Al Fatihah," demikian tulis pelakon dan pengacara Sherry Alhadad di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


Disebalik perwatakan Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al- Hadad, 35, yang lucu dan sentiasa ceria, tersimpan rasa sedih dan rindu kepada abah, Allahyarham Syed Abdullah Al Hadad dan datuknya, Allahyarham Syed Ali Al Hadad.

Sherry mendedahkan dia tidak pernah berkesempatan bertemu arwah datuknya, malah turut kehilangan bapa sewaktu berusia sembilan tahun. Kata Sherry lagi, dia kini menjalani kehidupan yang baik bersama ibu dan adik-beradiknya dan berasa gembira meskipun masih belum mendirikan rumah tangga pada usia 35 tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sheey Alhadad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: