17 August 2019

MASUK HOSPITAL - FEEYA ALAMI DEMAM DENGGI & INFLUENZA B


Menerusi laman sosial Instagram (IG), pengacara dan penyampai radio, Feeya Iskandar atau nama sebenarnya Noor Shafiza Iskandar Azizan, memaklumkan dia telah dimasukkan ke hospital awal semalam akibat denggi dan juga turut dijangkiti Influenza B.





"Tewas jua akhirnya. Demam tinggi. Bila check kena Influenza B. Elok lah duk sepital kang duk umah takut anak berjangkit pula. Adudududu," kata ibu kepada dua cahaya mata lelaki itu di IGnya.

Feeya turut berkongsi momennya berada di hospital di InstaStoies. Serentak dengan perkongsian berkenaan, ruangan komen bintang berusia 30 tahun itu dihujani dengan komen peminat yang mendoakan agar dirinya segera sembuh seterusnya dalam menjalani rutin seperti biasa.








www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Feeya Iskandar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: