"Peminat sering salah sangka apabila kami mengadakan persembahan bersama, apatah lagi dengan kemunculan lagu duet, 'Haram'. Tidak bolehkah kami berkawan? Sebenarnya, saya tidak pun menganggapnya sebagai kontroversi. Lebih-lebih lagi, bukan saya yang mencetuskan perkara ini.

Ia (isu bercinta) terjadi dengan sendiri, bukan dibuat-buat," demikian kata penyanyi Dayang Nurfaizah, 38, yang menegaskan tiada sebab untuk dia mencipta isu konon menjalinkan hubungan dengan teman duet, Hael Husaini.
Dayang atau nama penuhnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty berkata, ia tercetus berikutan keserasian yang wujud antara mereka sehingga peminat mengharapkan sesuatu berputik daripada persahabatan terbabit. Dayang berkata demikian apabila ditanya mengenai desas-desus kisah percintaan antaranya dengan Hael sengaja dibangkitkan bagi meraih perhatian peminat.
Magis keserasian pasangan berkenaan terbukti apabila lagu dendangan mereka, 'Haram', dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL 33), Februari lalu. Keserasian yang ditonjolkan mereka turut mencetuskan tanda pagar #HaelYang, iaitu cantuman nama kedua-duanya.
Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Dayang Nurfaizah & Hael Husaini
________________________

No comments:
Post a Comment