17 August 2019

2 TAHUN 'SEPI' - ALVIN CHONG 'JUAL DIRI' MINTA TAWARAN


Sudah dua tahun tidak menjayakan drama Melayu, penyanyi dan pelakon Alvin Chong memberitahu dia terpaksa tebalkan muka minta tawaran berlakon daripada penerbit dan stesen televisyen. Kali terakhir Alvin, 28, berlakon adalah menerusi drama 'Awak Suka Saya Tak' sebagai hero dan bergandingan dengan pelakon Emma Maembong.





"Kalau ada watak sesuai untuk saya, panggillah. Sudah lama saya tak muncul dalam drama Melayu. Ramai bertanya kenapa saya tak berlakon drama lagi. Bukan saya tak mahu tetapi belum dapat peluang. Saya suka berlakon dan ingin mencuba pelbagai watak namun mungkin belum ada rezeki.

"Sehinggakan saya bertanya sendiri kepada penerbit jika ada watak sesuai panggil saya. Malah, kalau perlu untuk datang uji bakat, saya okay. Dalam erti kata lain, saya sentiasa mencuba untuk 'jual' diri. Buat apa nak malu. Lagi pun saya bertanya dan minta dengan cara baik. Saya tak pernah paksa pun," katanya.

Klik untuk gambar besar


Alvin yang juga pengacara berkata, faktor bangsa dan agama memungkinkan dirinya sukar untuk mendapat tawaran sesuai: "Saya boleh bawa apa sahaja watak. Kalau ada jalan cerita yang tidak terlalu Islamik, saya boleh buat. Bagaimanapun, saya faham perkara begini sangat dititikberatkan penerbit dan stesen TV.

"Lagi satu, drama Melayu susah nak ambil pelakon berbangsa Cina sebagai hero. Mungkin sebab tak berapa fasih bertutur dalam bahasa Malaysia selain faktor agama. Saya ada juga bertanya rakan pelakon lain dan mereka beri pendapat sama," ujarnya yang kini fokus menyanyi, berlakon dengan produksi Cina, menghadiri acara dan membuat ulasan produk di Instagram.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Alvin Chong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: