Menerusi laman Instagram, penyanyi Sarah Suhairi telah berkongsi sebuah video melakukan cabaran Tepuk Amai-Amai bersama kumpulan Floor 88. Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah Sarah memakai sarung tangan ketika bermain.

Rakaman video tersebut telah mendapat respon yang positif daripada pengikutnya. Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji akan tindakan Sarah menjaga batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan.
Namun, bukan setakat sarung tangan mendapat perhatian, stokin yang dipakai Sarah turut terkena tempias. Sekadar info, Sarah mula dikenali ramai setelah menjuarai program realiti televisyen, 'Big Stage' Musim Pertama.
Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sarah Suhairi
________________________

No comments:
Post a Comment